Sunday, 25 August 2019

Top 4 Tempat Makan di Kuching, Sarawak

Pengenalan
Hasil carian imej untuk gif sarawak
Salam sejahtera kepada semua, kali ini saya akan berkongsi mengenai tempat makan yang paling populer dan menarik di Bandaraya Kuching, Sarawak. Jika ada yang penat jalan-jalan melancong, anda boleh mengambil kesempatan untuk mencuba rasa makanan yang populer di Kuching seperti Laksa Sarawak, kek lapis dan banyak lagi.

Negeri Sarawak dipisah oleh Laut Cina Selatan dengan Semenanjung Malaysia, oleh itu terdapat banyak perbezaan dalam budaya dan gaya hidup termasuklah kulinari. Namun Begitu, perbezaan ini tidak menganggu hubungan antara bangsa yang bercampur dalam Bumi Kenyalang ini malam perbezaan budaya telah berjaya menyatukan masyarakat yang berbilang kaum.

Bandaraya Kuching telah mengalami pertumbuhan penduduk yang meningkat secara mendadak dan ini telah menyebabkan berlakunya perkembangan dalam industri makanan. Oleh sebab itu, banyak kedai makan telah dibuka untuk memenuhi keperluan penduduk dan para pelancong yang mengunjungi Kuching.

1. Annuar BBQ Steamboat
Alamat: Jalan Persiaran Ban Hock, 93100 Kuching
Waktu Operasi: Setiap hari(6p.m.-11p.m.)

Annuar BBQ Steamboat menawarkan pelanggangnya cara makan secara Buffet iaitu dimana pelanggang akan memilih sendiri makanan yang diingini dan memasak sendiri di meja yang telah mereka sediakan. Steamboat ini menawarkan pelbagai jenis barang makanan seperti ayam, daging, ikan dan juga makanan ringan seperti mee. Apa yang menarik iaitu para pengunjung hanya perlu membayar bayaran masuk sahaja. Anda boleh makan sebanyak yang mampu tetapi makanan tersebut harus dihabiskan dan jika anda tidak dapat menghabiskan makanan yang anda pilih, anda terpaksa membayar harga makanan yang tidak habis.
Hasil carian imej untuk annuar steamboat
Imej: Travelholic.my

Jelaslah bahawa pemilik steamboat ini ingin memupuk nilai tidak membazir dan kesederhanaan dalam kalangan pengunjung. Steamboat ini sentiasa penuh terutamanya pada hujung minggu. Walaupun begitu, anda boleh membuat tempahan awal agar tidak terlepas peluang untuk menikmati makanan steamboat.

2. TopSpot Food Court
Alamat: Jalan Padungan, 93100 Kuching
Waktu operasi: Setiap hari(6p,m,-11p.m.)

TopSpot Food Court ini memang sangat terkenal di Kuching dengan menu makanan laut yang mereka sediakan. TopSpot terdiri daripada berbelas gerai makanan dan para pengunjung boleh pilih gerai yang mereka mahu. Bukan itu sahaja, medan selera ini juga mempunyai gerai makanan halal untuk rakan-rakan muslim.
Hasil carian imej untuk topspot food court
 Hasil carian imej untuk topspot food court

Imej: vkeong.com



Menu makanan laut yang disediakan mempunyai kualiti yang mantap seperti ikan bakar dimana anda boleh memilih pelbagai jenis ikan yang anda ingin rasai. Selain daripada ikan, food court ini juga menyediakan jenis makanan laut yang lain seperti sotong, ketam dan kerang. Pengunjung tempatan, pelancong dari dalam dan luar negara juga turut memenuhi TopSpot Food Court.

3. Dayang Salhah Kek Lapis Sarawak
Alamat: N.40 Kampung Gersik, Kuching
Waktu operasi: Setiap hari (8.30 a.m.- 10.30 p.m.)

Jikalau anda berkunjung ke Sarawak, jangan lepaskan peluang untuk mencuba kek lapis Sarawak yang asli di mana merupakan salah satu makanan yang popular di Bumi Kenyalang ini. Kedai kek lapis ini menerima banyak pengunjung termasuklah pelancong dari luar negara. untuk ke kedai tersebut anda boleh menaiki kereta atau jika anda ingin mencuba pengalaman yang baru, anda boleh menaikkan sampan untuk ke Kampung Gersik.
Hasil carian imej untuk dayang salhah kek lapis
Imej: flickr.com


Kek lapis yang dihasilkan oleh kedai Dayang Salhah terdiri daripada pelbagai perisa dan warna. Kek Lapis tersebut diperbuat daripada marjerin dan mantega asli dimana kek lapis tersebut lebih sedap dan harganya juga murah daripada harga di Semenanjung Malaysia. Bukan itu sahaja, terdapat juga Kek Batik dimana kek ini hampir sama dengan kek lapis cuma proses pembuatannya yang lebih rumit.

4. Mom's Laksa Kopitiam
Alamat: Ground Flour, SL, Jalan Astana, Ave Astana, Petra Jaya, 93050 Kuching
Waktu operasi: Setiap Hari (5 a.m.-4.30 p.m.)

Hasil carian imej untuk mom's laksa petra jaya
Imej: tripadvisor.com.my
Makanan yang paling wajib anda rasai jika mengujungi Sarawak ialah Laksa Sarawak terutamanya yang dijual di kedai Mom's Laksa Kopitiam kerana D situ merupakan tempat dimana laksa dibuat dengan kaedah asli. Disebabkan oleh itu, kedai ini selalu dipenuhi oleh pengunjung dan seperti biasa tedapat juga pelancong dari luar negara yang ingin mencuba laksa Sarawak.

Hasil carian imej untuk mom's laksa petra jaya
Imej: foodadvisor.my
   
Selain itu, Mom's Laksa Kopitiam juga menyediakan menu lain seperti mee kolok dan juga mee jawa. Anda boleh mengunjungi kedai ini untuk bersarapan pagi atau makan waktu tengah hari untuk menikmati laksa Sarawak yang enak.
Hasil carian imej untuk gif cat waving

Kesimpulan
Secara deduksinya, amatlah sukar untuk memilih tempat makan yang enak di Sarawak terutamanya di Kuching kerana terdapat banyak lagi tempat makan yang boleh anda pilih. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk merasa makanan yang enak di Sarawak dengan harga yang berpatutan.

No comments:

Post a Comment

Top 4 Tempat Makan di Kuching, Sarawak Pengenalan Salam sejahtera kepada semua, kali ini saya akan berkongsi mengenai tempat makan yang...